K’jaan berhak sita RM1b akaun firma China, kata Dr M
  • 5 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerajaan persekutuan mempunyai hak menyita dana RM1 bilion daripada akaun syarikat Chinese Petroleum Pipeline Engneering Ltd (CPP).Jelas Dr Mahathir, syarikat itu melanggar perjanjian kontrak apabila hanya menyiapkan 13 peratus skop kerja sedangkan sudah menerima 80 peratus daripada jumlah bayaran keseluruhan.“Kami berhak mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut. Mereka hanya siapkan 13 peratus kerja. Tetapi, menerima 80 peratus bayaran,” katanya kepada pemberita di Yayasan Kempimpinan Perdana, Putrajaya, semalam