Keluhan pemandu e-hailing untuk dapat lesen PSV
  • 5 years ago
Rata rata yang ditemui bersetuju dengan polisi yang dikeluarkan oleh kementerian pengangkutan.

Namun ada rungutan yang diterima terutama sekali dari sudut pengurusan.

Semalam Kerajaan melalui kementerian pengangkutan bersetuju memberi tempoh tambahan tiga bulan kepada semua pemandu e-hailing atau Pemandu Grab yang masih belum mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk mendapatkan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Menterinya Anthony Loke, berkata kerajaan bersetuju agar penguatkuasaan peraturan perkhidmatan e-hailing dilaksanakan melalui pendekatan 'soft landing'.

Justeru melalui kelonggaran yang diberikan ini, secara tidak langsung memberi nafas lega dan ruang bagi pemandu untuk melengkapkan dokumen mereka.

Ikuti kupasan lanjut bersama wartawan Mastura Malak