Menteri kecewa pemandu e-hailing tidak dilindungi Perkeso
  • 6 years ago
Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran kesal dengan tindakan pemandu e-hailing yang tidak melakukan caruman di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ini berikutan, pemandu Grab, Aiman Nosri yang ditemukan meninggal dunia di dalam keretanya Ahad lalu tidak dilindungi Perkeso.

Walaupun undang-undang negara mewajibkan setiap majikan membuat caruman Perkeso namun masih ada lagi majikan yang tidak membuat caruman bagi pekerja mereka.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Malaysia Commuting Accident dan Road Safety Seminar di sini hari ini.

Pada 24 Jun lalu, Aiman, 27, ditemukan dibunuh dalam kereta miliknya di tempat meletak kenderaan di Taman Selayang Makmur.