Lelaki dimandikan atas tempat jenazah kerana curi tabung masjid diserah kepada polis

  • 5 tahun lalu
JOHOR BAHRU 14 Mei - Lelaki yang tular dalam sebuah video yang menunjukkannya diikat serta disiram air atas tempat mandi jenazah oleh penduduk kampung diserahkan kepada pihak polis kerana disyaki cuba memecah tabung Surau At-Taqwa, Kampung Mulia, Sungai Tiram, di sini Jumaat lalu.