Saya ingatkan Umno kucing Parsi, tapi
  • 5 years ago
Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui telahannya terhadap nasib Umno selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu adalah silap.
Beliau pada awalnya yang menyifatkan Umno sebagai "kucing Parsi" yang tidak mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup di jalanan selepas tewas dalam PRU.

"Umno saya umpamakan seperti kucing Parsi, perlu bersaing dengan kucing jalanan, saya fikir tak lama hayat kucing Parsi ini. “Tapi Umno buktikan kita dapat bertahan, bersaing dengan parti lain.

"Ramalan sesetengah pihak kata Umno akan hilang sebab ahlinya akan berpaling tadah dan berhijrah ke parti lain nampaknya tidak menjadi kenyataan," katanya pada program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Shah Alam, hari ini.
Recommended