Jangan salah tafsir Tabung Haji sebagai Pak Man Telo - Pakar Ekonomi
  • 5 years ago
Dalam temubual bersama KiniTV, Bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Noor Azlan Ghazali kerugian dialami TH bersifat sementara dan ia mampu bangkit semula memandangkan sistem pengurusannya berbeza dengan institusi kewangan lain.

Jelasnya, jaminan kerajaan untuk membantu memulihkan TH dilihat sebagai perkembangan positif bagi memastikan institusi itu terus kekal relevan.

Kebimbangan untuk pendeposit TH melakukan "bank run" didorong oleh pengumuman kadar hibah sebanyak 1.25 peratus bagi tahun 2018 yang mencatatkan kadar terendah dalam sejarah.