TERKINI : Perasmian MAHA 2018 Pamer Inovasi Terbaharu

  • 5 years ago
SERDANG: Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan keperluan untuk menangani kebergantungan kepada orang tengah dalam sektor pertanian yang memberi kesan kepada kenaikan harga makanan.

Perdana Menteri berkata, isu itu boleh ditangani dengan penggunaan teknologi moden contohnya menerusi pemasaran dalam talian.

“Tapi kadangkala orang tengah ini diperlukan cuma ada asasnya caj yang dikenakan mereka terlalu tinggi dan ini yang perlu kita pantau,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2018) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended