TERKINI : Keadaan Tenang di kuil Sri Maha Mariamman

  • 5 years ago
SUBANG JAYA – Selepas kekecohan berhampiran kuil Sri Maha Mariamman malam tadi oleh sekumpulan lelaki berjaya disuraikan oleh polis yang bertugas di kawasan itu – pagi ini keadaan di sana kembali tenang.

Walaupun begitu masih ada sekumpulan pasukan polis dan FRU bertugas di luar kawasan kuil berkenaan.

Malam tadi keadaan kecoh di kawasan Perumahan USJ 25 berhampiran kuil Sri Maha Mariamman apabila polis mengejar sekumpulan pemuda yang berdegil emggan bersurai walaupun arahan menyusul beberapa kali sejak 10.30 malam tadi.

Sekitar 1 pagi tadi polis menurunkan anggota pasukan Light Strike Force sebelum memberi amaran terakhir meminta pemuda yang berkumpul itu bersurai segera.

Tidak sampai seminit arahan itu, polis mengejar setiap pemuda itu dan mencekup mereka bersama motosikal dan kereta yang dinaiki mereka.

Sekitar lapan orang ditahan bagaimanapun empat daripada mereka dibebaskan selepas diperiksa rapi manakala selebihnya digari.

Salah seorang pemuda ditahan polis merupakan calon SPM yang akan menduduki kertas pendidikan agama Islam hari ini.

Dianggarkan lebih 500 orang berkumpul secara berkelompok kecil di kawsan tersebut sejak lewat malam tadi.- MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended