TERKINI : RTM Siar Lebih Banyak Perlawanan Piala Dunia - Gobind Singh
  • 5 years ago
Tajaan berjumlah RM30 juta daripada Maxis Berhad dan Air Asia Berhad sudah memadai untuk membolehkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia yang akan bermula Khamis ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya masih berbicang untuk menambah siaran perlawanan sekiranya menerima lebih banyak penajaan selepas ini.

“Kita menerima RM18 juta daripada Maxis selaku penaja Platinium dan RM12 juta daripada Air Asia selaku penaja emas untuk menanggung kos penyiaran 41 daripada 64 perlawanan menerusi TV1 dan TV2 sebagai memenuhi permintaan rakyat yang tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended