Kerana Nurul Izzah pengerusi PAC ditukar
  • 5 years ago
Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Chen memberi pujian kepada Nurul Izzah Anwar atas penukaran pengerusi jawatankuasa itu yang bakal dibentang di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga anggota parlimen Subang berkata, Nurul Izzah menunjukkan prinsipnya apabila meletakkan jawatan daripada PAC kerana bertegas agar jawatankuasa itu dipengerusikan pembangkang.

Nurul Izzah mengambil langkah mengejutkan itu selepas kerajaan memutuskan Kiandee kekal sebagai pengerusi PAC walaupun setelah menyertai Bersatu, yang bertentangan dengan manifesto PRU ke-14 PH untuk melantik pembangkang mengetuai jawatankuasa itu.

Bagaimanapun Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini menunjukkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bakal membentangkan usul menggantikan Kiandee dengan Anggota Parlimen Parit Sulong yang juga Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad.

Wong Chen berkata lagi, usul itu akan membantu PH mendapatkan semula kredibilitinya berkaitan janji manifestonya tentang PAC sebagai jawatankuasa yang bebas.