Azmin akan jumpa Nurul Izzah

  • 5 years ago
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata beliau akan bercakap dengan Nurul Izzah untuk 'memahami apa yang sebenarnya berlaku' susulan perletakan jawatan Izzah sebagai Naib presiden PKR.

"Saya baru tahu mengenai perkara ini pagi ini," katanya ketika ditanya mengenai peletakan jawatan itu.

"Saya akan cuba bercakap dengannya dan memahami apa yang sebenarnya berlaku. Saya tidak boleh komen lanjut, "katanya.

Selain meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR, Nurul juga menyatakan bahawa beliau tidak akan lagi berkhidmat kepada kerajaan dalam apa jua kapasiti.

Izzah juga melepaskan jawatan sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.