Jangan kita cuba balas dendam - Dr M
  • 5 years ago
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan rakyat Malaysia supaya berfikiran waras dalam langkah menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat di negara ini.Mahahir dalam sidang media di Parlimen turut menasihatkan semua pihak tidak mengambil tindakan untuk membalas dendam kerana ia mengundang tindak balas yang sama tanpa penghujung.Pihak berkuasa juga menurut Mahathir selalu mengawasi masjid-masjid dan kuil walaupun diketahui jumlah rumah-rumah ibadat terlalu banyak.Mahathir memberi respon mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun semalam yang mengarahkan anggota polis untuk memantau kuil dan gereja di negara ini susulan insiden tembakan ke atas jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand itu.Beliau berkata arahan serta merta dikeluarkan untuk tindakan oleh ketua polis negeri dan ketua polis daerah.