'Jangan cakaplah duit RM100 juta, kita mahu tindak balas segera'
  • 2 years ago
Khalid Abdul Samad (PH - Shah Alam) menyatakan kekecewaannya apabila Speaker Azhar Harun tidak membenarkan situasi semasa banjir dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut membidas tindak balas perlahan kerajaan persekutuan dalam membantu dan menyelamatkan mangsa-mangsa banjir khususnya di Taman Sri Muda di Shah Alam, ekoran situasi yang terlalu meruncing.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=K8-pb92vH58