'Saya sayang MAS, tetapi...'

  • 5 years ago
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa beliau amat menyayangi syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airline Berhad (MAS) tetapi kerajaan kini tidak mampu untuk menyelamatkan syarikat itu.Justeru, katanya, kerajaan sedang mengkaji sama ada perlu menjual atau tidak syarikat penerbangan kebangsaan itu."Saya sayang MAS (Malaysian Airline System). Saya nak MAS ini dijadikan satu airline nasional. Tetapi, ternampak seolah-olah kita tak mampu,” katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat ketika menjawab mengenai perkembangan terkini cadangan penjualan MAS.Sambil mengakui terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin membeli MAS, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak menolak tawaran berkenaan tetapi masih mengkaji sama ada mahu menjualnya ataupun tidak.“Saya nampak bahawa pengurusan setakat ini, walaupun kita memilih pengurus dari luar, masih lagi MAS mengalami kerugian.“Jadi satu daripada caranya adalah dengan menjual,” katanya sambil menambah pihak yang berminat membeli MAS terdiri daripada syarikat di dalam dan juga luar negeri.Beliau juga tidak menolak cadangan daripada bekas pengurusan MAS yang mahu syarikat penerbangan tersebut dikekalkan di bawah kerajaan.