Umno tetap akan saman semua wakil rakyat lompat parti

  • 5 years ago
Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa hari ini mengesahkan akan meneruskan saman terhadap bekas wakil rakyatnya yang keluar parti selepas gabungan BN ditumpaskan pada PRU14.Mengulas lanjut laporan bahawa Umno kemungkinan tidak akan meneruskan saman terhadap bekas wakil rakyatnya, Annuar berkata laporan tersebut sebagai tidak tepat.“Laporan itu tidak tepat. Saya baca di Malaysiakini tulis sesuatu pasal Umno tidak saman.“Saya ingin mengesahkan adalah tidak benar laporan Umno menarik balik saman terhadap bekas wakil rakyat parti tersebut kerana kos yang tinggi,” katanya menjawab soalan pemberita di lobi parlimen.Malaysiakini semalam memetik laporan The Malaysian Insight yang menyatakan sumber Umno memberitahu bahawa parti itu tidak akan meneruskan saman terhadap bekas wakil rakyatnya.Memetik sumber, portal itu melaporkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dilapor berpendapat adalah lebih baik parti itu menumpukan usaha untuk mengukuhkan parti, selain faktor kos menjadi pertimbangan.

Recommended