Mat Hasan: Sejak bila salah kalau ajak Melayu bersatu?
  • 5 years ago
Tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan melarang seseorang berusaha menyatukan orang Melayu, kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.Beliau yang kini menjalankan tugas presiden Umno, berkata usaha menyatukan orang Melayu dan bumiputera bukan perbuatan yang boleh dianggap rasis.Mohamad berkata demikian sebagi menjawab dakwaan bahawa parti itu akan memainkan isu perkauman ketika berkempen dalam PRK sekarang."Sejak bila di negara ini jadi menyalahi undang-undang apabila saya mengajak orang Melayu bersatu?"Sejak bila undang-undang negara ini digubal sebegitu rupa, menyeru orang Melayu umat Islam bersatu menjadi kesalahan?"Saya hairan kita hendak menyatukan orang Melayu, bumiputera, umat Islam, tetapi kita ditekan sebegitu rupa."Kita dipanggil parti kafir, kita dipanggil macam-macam," katanya ketika ceramah di Bandar Sri Putra, Bangi, malam tadi.Hadir sama, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan Umno, Dr Shamsul Anuar Nasarah.