Zuhdi dakwa DAP kuasai kementerian kanan

  • 5 years ago
“Hadirin kena ingat, internet boleh ditutup pada bila-bila masa jika ada arahan. Kalau dia nak tutup internet, boleh. Kalau nak sekat telekomunikasi (seperti) Celcom, Digi, dia boleh buat bila-bila masa.“Ini antara kuasa bawah kementerian penerangan,” katanya lagi.Biarpun tidak menyebut nama, dia dipercayai merujuk pada Gobind Singh Deo yang mengetuai Kementerian Komunikasi dan Multimedia, iaitu tempat bernaungnya Jabatan Penerangan Malaysia.Antara lain yang dipetik Zuhdi ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Cie Ching, penasihat menteri kewangan Tony Pua dan Ong Kian Ming (juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).Beliau berkata demikian pada majlis Sembang Santai di Pangsapuri Seri Dahlia, pusat daerah mengundi (PDM) Bukit Mahkota 2.