PH Melaka sahkan tidak lagi kuasai DUN

  • 4 years ago
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi beliau peluang untuk memimpin negeri itu.

Katanya dalam hantaran di media sosial, beliau berkata, "Walaupun tempoh itu singkat, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan kudrat yang ada untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan semua."

Bercakap kepada Malaysiakini, Exco Melaka Tey Kok Kiew mengesahkan Pakatan Harapan (PH) yang dimenerajui kerajaan negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada masa kini, pihak lawan menguasai 16 kerus berbanding PH yang hanya mempunyai 12 kerusi DUN.