Hampir satu tan daun ketum dirampas
  • 5 tahun lalu
KOTA BHARU 20 Feb. - Polis merampas 999 kilogram (kg) daun ketum, dadah jenis syabu dan 550 mililiter cecair kodein bernilai keseluruhan RM39,135 selepas menahan tiga lelaki dalam dua kes berasingan di daerah Jeli dekat sini Isnin lalu.

Dalam serbuan pertama pada pukul 2.30 petang, dua suspek berusia 46 dan 23 tahun itu dikesan menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana hitam dalam keadaan mencurigakan di Kampung Bukit Pak Mud, Jeli.