1,000 pasang kasut dan baju jenama tiruan dirampas

  • 5 tahun lalu
SEREMBAN 30 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan merampas lebih 1,000 pasang kasut dan baju Adidas tiruan bernilai RM170,000 dalam serbuan di sebuah pasar raya di sini kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Zubir Hamsa berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat yang dikemukakan pemilik cap dagang dan risikan selama tiga hari di premis berkenaan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/1-000-pasang-kasut-dan-baju-jenama-tiruan-dirampas-1.832258#ixzz5e4Jb0MuK
© Utusan Melayu (M) Bhd