Najib masih liabiliti, tak dapat tingkat undi BN di Semenyih - Kajian

  • 5 years ago
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin muncul tokoh popular di media sosial tetapi popularitinya tidak akan diterjemahkan sebagai undi untuk BN pada Pilihan Raya Kecil Semenyih yang akan datang.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata demikian ketika ditanya mengenai potensi Najib dalam pilihan raya kecil itu.

Ada di kalangan Umno yang masih menyedari Najib sebagai liabiliti kepada Umno kerana beliau adalah punca kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14, kata penyelidik.