Azeez, abang tiba di mahkamah

  • 5 years ago
Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadapi tuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan rasuah.

Abdul Azeez dan abangnya ditahan pada 4.30 petang semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Mereka akan menghadapi pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.