Papagomo tiba di mahkamah untuk pertuduhan kes babit Syed Saddiq
  • 5 years ago
Exco Pemuda Umno Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akan didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 509 kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan di mahkamah kajang.Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan kehormatan memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Manakala, hukuman bagi Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan pula, boleh dipenjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Papagomo sebelum ini ditahan dan direman selama tiga hari selepas Syed Saddiq membuat laporan mendakwa dicekak oleh individu terbabit dalam satu insiden sebaik selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada jam 10.45 pagi, 16 Februari lalu.Pada 21 Februari lalu iaitu sehari selepas dibebaskan dengan jaminan polis, Papagomo membuat satu laporan polis terhadap Syed Saddiq atas dakwaan membuat laporan palsu terhadap dirinya.Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, dengan menyifatkan insiden kononnya beliau menyerang Syed Saddiq selepas penamaan calon itu sebagai perselisihan faham.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim juga pada 20 Februari lalu memaklumkan insiden membabitkan dua individu terbabit lebih kepada salah faham dan bukannya serangan.Papagomo mengaku tidak bersalah atas kedua dua pertuduhan dan diminta ikat jamin. Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah mengenakan ikat jamin sebanyak 8 ribu ringgit dengan seorang penjamin dan meminta Papagomo melaporkan diri dibalai polis berdekatan sebulan sekali. Sebutan semula kes pada 4 April depan.Papagomo diwakili 3 orang peguam Nik Saiful Adli Borhan, Farhan Maaruf dan N.Logendran K. Narayanan.