Vincent Tan, Wee Chai beri bantuan kepada pelarian Syria

  • 5 tahun lalu
ISTANBUL 29 Dis - Dua ahli korporat tempatan, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dan Pengerusi Ekskeutif Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai memberi 2,000 beg dan sejumlah peralatan perubatan kepada pelarian Syria di Sultan Gazi, di sini hari ini.

Sumbangan itu diberikan semasa lawatan kedua-dua ahli korporat tersebut ke klinik dan sekolah yang menempatkan pelarian Syria di Turki.