Lelaki hadir dialog berang, gelar Hadi 'rasis' di London

  • 5 years ago
Sesi dialog dengan Abdul Hadi Awang di London semalam, bertukar panas apabila seorang hadirin menggelar presiden PAS itu sebagai "rasis" kerana menentang pilihan raya kerajaan tempatan.

Hadi yang menjawab dengan tenang soalan lelaki itu berkata, PAS menolak cadangan DAP dan PKR untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan kerana ia akan menyebabkan kawasan bandar dikuasai satu-satu kaum sahaja.

Abdul Hadi berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama warga Malaysia pada program "An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang" di Holiday Villa Hotel, London.

Video dialog tersebut dimuat naik di Facebooknya semalam.