RM601,650 dadah dirampas

  • 5 tahun lalu
JOHOR BAHRU 16 Dis. - Pelbagai jenis dadah bernilai RM601,650 dirampas dalam dua serbuan berasingan di Taman Perling dan Ulu Tiram di sini pada Selasa dan Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, serbuan pertama pada 7.30 petang, sepasukan anggota MPV Johor Bahru Selatan mengesan sebuah kereta Honda Accord di Taman Perling dalam keadaan mencurigakan.