48 mohon kahwin bawah umur setakat Oktober

  • 5 years ago
Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, sebanyak 48 permohonan pendaftaran perkahwinan orang Islam bawah umur dicatatkan di Selangor, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 34 permohonan diluluskan dan 14 ditolak.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.