SPRM tahan 'Datuk', 6 PTD di JPM

  • 6 years ago
Seorang Timbalan Ketua Pengarah bergelar Datuk dan enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada 9.05 pagi bagi mendapatkan perintah reman.

Memetik Utusan Online, kesemua suspek lelaki yang berumur di antara 34 hingga 49 tahun itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mereka ditahan antara 11.30 pagi hingga 10 malam tadi di mana enam pegawai PTD tersebut ditahan di pejabat mereka di JPM manakala Timbalan Ketua Pengarah bergelar Datuk ditahan di ibu pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.