Kalau SPRM yang siasat SPRM, memang tak ada tindakan - Gobind
  • 2 years ago
Gobind Singh Deo (PH - Puchong) hari ini menggesa kerajaan memberi penjelasan mengenai perkembangan siasatan SPRM terhadap tiga pegawai kanan agensi itu yang terlibat dalam penyelewengan urusan kes.

Beliau sekali lagi membangkitkan bahawa kerajaan tidak boleh membiarkan sesebuah agensi menjalankan siasatan dalam sesama mereka sendiri.