Tuduhan yang bagus, buktikan - Dr M
  • 6 years ago
Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa beliau mencampuri urusan pemilihan PKR dan sekaligus menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kelapan.

Dr Mahathir mencabar individu yang membuat dakwaan tersebut supaya mengemukakan bukti bagi mengesahkan campur tangannya.

Terdahulu Anggota Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa terdapat rancangan menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri menggantikan Dr Mahathir.