Kenapa rakyat derma Tabung Harapan? Bung Moktar tak faham
  • 6 years ago
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Bung Moktar Radin mengaku tidak faham kenapa rakyat Malaysia masih menyumbang kepada Tabung Harapan yang bertujuan membantu membayar hutang negara.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, kata Bung Moktar, ini terutamanya apabila kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) meminta sumbangan rakyat ketika ia belum lagi menunaikan manifesto pilihan raya mereka.

Pada 9 Mei lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Tabung Harapan bagi rakyat Malaysia yang ingin menderma untuk membantu kerajaan membayar hutang negara.

Tabung berkenaan mengutip RM7 juta dalam tempoh 24 jam dan melebihi RM108 juta dalam tempoh sebulan selepas ditubuhkan.

Setakat 14 Julai, tabung itu mengutip hampir RM150 juta.