"Saya faham kenapa Neymar berpindah"
  • 7 years ago
Pelari pecut dunia, Usain Bolt terkejut dengan keputusan bekas pemain Barcelona yang kini berpindah ke pasukan Paris Saint-Germain (PSG) awal minggu ini.

Namun, Bolt berkata setelah mendengar apa yang dikatakan Neymar bahawa beliau inginkan cabaran baru, Bolt berkata sebagai atlet beliau memahami apa yang Neymar inginkan.

"Saya faham di mana anda telah memenangi pelbagai trofi dengan satu pasukan, dan anda ingin melakukannya lagi bersama pasukan yang lain"

Bolt juga mengucapkan selamat berjaya kepada Neymar dan mahu melihat apa yang beliau boleh lakukan bersama pasukan barunya tiu.
Recommended