'Padam' media sosial resepi kecemerlangan
  • 6 tahun lalu
PASIR MAS 15 Mac. - Tindakan memadam media sosial dan aplikasi WhatsApp merupakan antara salah satu resepi kejayaan Arif Syahmi Alias apabila dia dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 negeri ini apabila mencatatkan keputusan 11A+.

Arif Syahmi, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati di sini berkata, dia berbuat demikian semata-mata mahu fokus kepada peperiksaan tersebut.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.