Biak tikus dan lipas, dua restoran diarah tutup serta-merta

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 14 Mac - Beroperasi dalam keadaan kotor serta dicemari ratusan lipas dan najis tikus, dua buah restoran mamak di Jalan Medan Tunku di sini diarah tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk S. Rajah berkata, tindakan penguatkuasaan diambil serta-merta selepas pemeriksaan oleh pegawai daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL mendapati premis itu beroperasi dalam keadaan menjijikkan.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.