Kelas Ceria Malaysia Airports tingkat kualiti pembelajaran

  • 6 tahun lalu
INISIATIF tanggungjawab sosial korporat Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Subang diterjemahkan dalam bentuk 10 Kelas Ceria Malaysia Airports yang menjadikan pendidikan formal sebagai pengalaman menyeronokkan.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlishan Ghazali berkata, sasaran pembentukan modal insan dari awal pendidikan ini tercapai dengan usahasama pihak sekolah dalam bantuan baik pulih prasarana serta sumbangan peralatan ragbi dan memanah.