Sofi Jikan mengaku tidak bersalah ambil dadah

  • 6 tahun lalu
PETALING JAYA 13 Feb. - Pelakon KL Gangster, Sofi Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC), minggu lalu.



Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya. - UTUSAN ONLINE