Zakir Naik mahu kerajaan India bersihkan namanya
  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Presiden Islamic Research Foundation (IRF), Dr. Zakir Naik menggesa kerajaan India membersihkan nama baik beliau sebagai pendakwah antarabangsa susulan pembatalan notis arahan tangkap terhadapnya oleh pasukan polis antarabangsa (Interpol).

Menerusi satu vi­deo yang dikirim kepada Utusan Malaysia melalui peguamnya, Dr. Zakir berkata, beliau berhak menerima pengadilan sewajarnya daripada pihak berkuasa India setelah Interpol sendiri mendapati tiada bukti kukuh untuk mensabitkannya dengan tuduhan yang dilemparkan.