Nadma sedia hadapi air pasang besar 8 Dis

  • 6 tahun lalu
KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi banjir gelombang kedua ekoran fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerjasama dengan pelbagai agensi telah diatur bagi memastikan urusan pemindahan dan menyelamat berjalan lancar.