35 Haji VIP gigit jari ditipu RM1.6 juta
  • 6 tahun lalu
UTUSAN/ANUAR MANSOR
Nurulanuar Mansor
21 November 2017 1:23 PM
12
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Seramai 35 individu telah kerugian sejumlah RM1.6 juta akibat ditipu oleh sebuah syarikat yang mendakwa memberikan perkhidmatan pakej Haji VIP ataupun Haji Furada.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, kesemua mereka telah membelanja antara RM50,000 hingga RM200,000 untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat yang berpusat di Shah Alam itu.


Jelas beliau, siasatan PPIM mendedahkan, syarikat yang telah beroperasi sejak tahun 2000 berkenaan tidak mempunyai kelulusan Pengelola Jemaah Haji (PJH) Tabung Haji mahupun Lesen Khas Pengurusan Umrah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).

Tambah beliau, syarikat yang berdaftar dengan MOTAC itu menyatakan kepada mangsa yang pengurusannya telah mendapat visa khas haji daripada Kerajaan Arab Saudi untuk membolehkan mereka menunaikan ibadah tersebut pada musim haji 2017.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.