TKC catat rekod hasilkan Jalur Gemilang guna 180,000 cap ibu jari

  • 6 tahun lalu
SEREMBAN 13 Sept. - Kolej Tunku Khursiah (TKC) berjaya melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan 180,000 cap ibu jari pada kain rentang yang berukuran 35.4 meter panjang 31.1 meter lebar.

Aktiviti itu yang melibatkan 840 pelajar, guru, kakitangan, ibu bapa dan alumni sekolah itu siap dalam tempoh seminggu sejak dimulakan pada 4 September lalu.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.