Mohd. Faiz Subri menang Anugerah Puskas FIFA
  • 6 tahun lalu
JERLUN 10 Jan. - "Bagaikan mimpi!" Demikian ungkapan dilafazkan Subri Kader, apabila ditanya perasaannya sebaik saja nama anaknya, Mohd. Faiz diumumkan sebagai penerima anugerah Puskas FIFA di Zurich, Switzerland, awal pagi tadi.

Menurutnya, semasa menantikan keputusan itu diumum, dia sebenarnya berdepan debaran paling besar dalam hidup yang tidak pernah dirasai selama ini.