Proton lancar Persona baharu

  • 6 tahun lalu
SHAH ALAM 23 Ogos - Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini secara rasminya melancarkan model Persona generasi kedua.
Model Persona serba baharu itu dikuasakan dengan enjin VVT 1.6 dan merupakan kereta Proton pertama disokong oleh indikator pemanduan Eco.
Didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium, harga bagi Persona bermula daripada RM46,800 hingga RM59,800 di Semenanjung. - UTUSAN ONLINE