NanaSheme gadis pemalu

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Mempertaruhkan single kedua iaitu single terbaharunya, NanaSheme cuba menggilap nama sebagai penyanyi wanita pelapis tanah air.

Bermula dengan menyanyi di laman YouTube, NanaSheme banyak membuat cover version sehinggalah beliau dilamar oleh syarikat rakaman Life Records untuk menjadi penyanyi berlabel.

Lagu berjudul Hantu Atau Buaya, ciptaan DJ Fuzz, lirik oleh Adib, NanaSheme kini giat diputarkan di corong radio. Oleh itu, beliau sanggup terbang ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan album single terbaharunya itu.

Kata anak kelahiran Kuching, Sarawak, ini, beliau sebenarnya mempunyai sifat pemalu yang amat tebal, Namun, sebagai penyanyi, sikap itu cuba dikikis secara perlahan-lahan.

Apa kata kita tontoni rakaman Jom Chat dengan NanaSheme di pejabat Utusan Malaysia, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE