Slot Bongkar: Wings tampil Konsert Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Bukan sahaja berimej rock malahan 30 tahun kumpulan Wings menyanyi di atas pentas, irama itulah yang dialunkan oleh Awie selaku vokalis dengan iringan rakan-rakannya, Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drum).

Setiap kali Wings tampil mengadakan konsert mereka di pentas berprestij Istana Budaya, mereka akan muncul dengan persembahan yang eksklusif.

Pada 10 sehingga 16 Jun ini nanti, Wings akan mengadakan sebuah konsert di Istana Budaya.

Bertemakan Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia, konsert berskala besar Wings itu nanti akan bergabung dengan 20 sehingga 25 pemuzik daripada Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Konsert ini diterbitkan oleh Awie Entertaiment Sdn. Bhd. dan juga merupakan konsert ketiga di pentas Istana Budaya.

Bagi para peminat tegar dan pengikut Wings, apa kata anda tonton temu bual bersama mereka ketika ditemui selepas majlis sidang akhbar Konsert Wings Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia.

Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305 dan RM450 boleh dibeli di www.AirAsiaRedtix.com. - UTUSAN ONLINE