Mercy Malaysia anjur konsert amal kumpul dana bantuan untuk Kelantan dan Nepal

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 1 Jun 2015 - Bantuan kemanusian terhadap mereka yang ditimpa musibah tiada batas sempadan lokasi, masa, bangsa dan kepercayaan.

Berdasarkan konsep kemanusiaan inilah, kita dapat melihat bantuan-bantuan yang dihuklurkan untuk mereka-mereka yang ditimpa malang ini sentiasa diberikan tanpa putus.

Selain itu, bagi menyemarakkan lagi dan meneruskan kesinambungan semangat kemanusiaan ini, Persatuan Bantuan Perubatan (Mercy) Malaysia dan syarikat produksi Baby Grand Productions telah merancang untuk mengadakan satu konsert amal bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada usaha membantu mangsa-mangsa banjir Kelantan dan gempa bumi Nepal, Wonderful Tonight.

Ikuti laporan langsung daripada saya, Anuar Mansor dan juruvideo Kamarul Kamaruddin mengenai sidang akhbar yang diadakan bagi mengumumkan penganjuran konsert berkenaan yang diadakan secara bersama oleh kedua-dua organisasi ini di The Oak Room, UOA Bangsar South. -