Mohamad Razeikh, R. Eashvar juara pidato pertabalan Sultan Perak

  • 6 tahun lalu
IPOH 4 Mei - Pelajar dari daerah Kuala Kangsar, Mohamad Razeikh Md. Rizal dan R.Eashvar dari daerah Kinta Utara dinobat sebagai juara pidato sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Mohamad Razeikh dari Kolej Melayu Kuala Kangsar yang menyampaikan pidato bertajuk Institusi Raja: Lambang Kedaulatan Negara Bangsa memenangi kategori Menengah Atas bagi Bahasa Melayu.

Sementara R. Eashvar dari SMK St. Micheal yang menyampaikan pidato bertajuk "Constituional Monarchy- Concept, Role and Challenges" memenangi kategori Menengah Atas bagi Bahasa Inggeris.

Juara membawa pulang wang tunai RM1,000.

Seramai enam peserta kedua-dua kategori menyampaikan pidato pada peringkat akhir di hadapan Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di sini hari ini.

Pertandingan pidato peringkat daerah dilaksanakan pada 28 Mac lalu. Tiga kategori dipertandingkan iaitu Sekolah Rendah, Menengah Rendah dan Menengah Atas dan mendapat 430 penyertaan pelajar.

Turut dipertandingkan sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35 adalah penulisan esei yang menerima 7,648 penyertaan pelajar daripada seluruh negeri Perak.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Sultan Nazrin. - UTUSAN ONLINE

Disyorkan