Artis-Artis Life Records santai bersama media

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Sepetang bersama barisan artis yang bernaung di bawah label syarikat rakaman Life Records merupakan suatu majlis serampang dua mata.
Para artis Life Records bukan sahaja dapat beramah mesra dengan pengamal media hiburan tanah air tetapi juga pemilik label-label indipendent seperti Neo Gendang Record, Mixology, Cloudworks, Pencil Pictures & Records serta rakan kongsi Life Records dari Indonesia, Diratama Records.


Majlis santai yang dianjurkan oleh Life Records ini sudah jarang-jarang sekali diadakan oleh syarikat-syarikat rakaman kerana kelembapan industri muzik tanah air banyak mempengaruhi peruntukan sesebuah syarikat rakaman itu untuk mengadakan masjlis seperti ini.


Namun, bagi para artis, inilah peluang bagi mereka untuk memperkenalkan lagu-lagu baharu kepada pengamal media secara spontan.
Selain daripada menghiburkan para hadirin, majlis santai itu juga mengeratkan lagi tali silaturahim di antara artis dan media. - UTUSAN ONLINE