Langkah 'baharu' Aril Pilus

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Khairil Azam Pilus melangkah masuk dalam industri hiburan tanah air selepas meraih tempat kedua pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia ( AF) musim ketujuh.

Karier nyanyiannya tidaklah sebegitu terserlah seperti rakan-rakan AF yang lain kerana pada ketika itu, Aril diberi peluang untuk menjadi penyampai radio berformat.

Sepanjang bertugas sebagai penyampai radio sehingga akhir tahun lepas, bidang nyanyian tidak ditumpukan secara sepenuh masa.

Justeru beliau akui, menerusi lagu terbaharunya berjudul Bangkit, Aril terpaksa mengambil langkah 'permulaan' sebagai penyanyi.

Dalam pertemuan bersama Aril yang diundang sebagai tetamu selebriti segmen Jom Chat menerusi portal berita Utusan Online, anak muda ini tidak menyesal dengan perjalanan karier nyanyiannya yang terbantut seketika.

Beliau sebaliknya membayangkan segala ilmu dan pengalaman yang ditimba adalah bekalan bagi dirinya untuk kembali sebagai penyanyi yang lebih fokus. - UTUSAN ONLINE