Datuk Khadijah Ibrahim buka cawangan ketiga Khadijah's Kitchen

  • 6 tahun lalu
SHAH ALAM - Selepas lima tahun Khadijah's Kitchen beroperasi di Petaling Jaya dan Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, penyanyi malar segar, Datuk Khadijah hari ini membuka satu lagi cawangan Khadijah's Kitchen di Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.

Khadijah's Kitchen cawangan terbaharu itu berkonsep terbuka atau open concept terletak di Barandah, Plaza Masalam.

Menurut penyanyi merangkap usahawan yang berjaya dalam industri makanan, masakan yang dihidangkan disediakan di dapur utama.

"Semua masakan disediakan seperti nasi lemak, laksa, nasi dagang, pelbagai jenis cucur untuk minum petang.

"Selain daripada sarapan pagi dan makan tengahari, pelanggan yang nak minum petang atau hi tea juga disediakan di sini," katanya.

Apa kata anda tonton video temubual bersama Datuk Khadijah Ibrahim selepas pembukaan Khadijah's Kitchen cawangan ketiga. - UTUSAN ONLINE