Nadeera - Berlian baharu industri muzik tempatan

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Melangkah keluar daripada program realiti televisyen, Mentor Legend tanpa berjaya mengetuk pintu peringkat akhir, Nadeera, protégé penyanyi Zainal Abidin merasa kecewa kerana hasratnya ialah untuk jadi seorang penyanyi disangkanya tidak akan tercapai.

Namun rasa terkilan yang dirasai oleh pemilik nama sebenar, Farah Nadeera Zaini, 22, hilang apabila hari ini, beliau menjadi peserta Mentor Legend pertama yang melahirkan sebuah album single, Hasrat Hati.

Album itu diterbitkan sendiri oleh mentor nya, Zainal Abidin adalah langkah permulaan Nadeera sebelum melahirkan album yang mengandungi sekurang-kurangnya lima buah lagu.

Nadeera anak kelahiran Mersing, Johor, ini sebenarnya bertuah kerana beliau diikat sebagai artis dibawah Afrozapin Network Sdn. Bhd., milik Zainal Abidin.

Ikuti temu bual bersama Zainal Abidin dan Nadeera di majlis pelancaran album single pertama Nadeera, Hasrat Hati. - UTUSAN ONLINE